Monday, September 29, 2014

Minum air dan Tidur

2 kaedah yang boleh meredakan sakit kepala
Anda pernah mengalami sakit kepala? Sudah tentu, yang pasti apabila kita menghadapi masalah sakit kepala, kita akan terus mengambil ubat untuk melegakankannya. Namun, tahukah anda bahawa anda sebenarnya tidak perlu mengambil ubat untuk melegakannya. Berikut adalah antara 2 kaedah yang boleh meredakan sakit kepala anda tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan.
1. Minum Air
Ini satu lagi sebab mengapa anda digalakkan minum 8 gelas air sehari. Dehidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar timbulnya sakit kepala. Apabila tubuh tidak mendapat cukup air, maka tubuh mula menyimpan cecair yang sedia ada dan memberi isyarat kehausan di antaranya melalui sakit kepala atau migrain.
Dengan meminum air, anda akan merasa lebih baik. Jadi, agar keadaan tubuh tetap seimbang, maka minumlah 8-10 gelas air setiap hari. Namun, jangan berlebihan, kerana cecair berlebihan dalam badan boleh mengurangkan kadar elektrolit dan sodium dalam badan.
2. Tidur
Memperolehi tidur yang mencukupi mampu meringankan malah menghilangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda seorang yang sibuk, pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap hari. Bagaimana pun juga, tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh menimbulkan sakit kepala