Thursday, January 29, 2015

Penjagaan Muka

Melicinkan Wajah

Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

Menyerikan Wajah

Ambil, embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

Mencantikkan Rambut                                                                       

 1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut.Caranya:
  • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
  • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
  • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.

2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Melebatkan Bulu Kening

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.