Saturday, January 24, 2015

Microsoft Memperlihatkan Windows 10 Pada Telefon Pintar

Beberapa bulan lepas, ketika pengumuman Windows 10, pihak Microsoft sedia memperlihatkan ia pada komputer, dan hari ini buat pertama kalinya ia diperlihatkan pada telefon pintar. Seperti semua sedia maklum, semua pengguna Windows Phone 8.1 akan ditawarkan dengan kemaskini Windows 10 ini secara percuma.
Windows 10 memfokuskan kepada satu sistem operasi yang boleh digunakan pada pelbagai saiz skrin – termasuk dari telefon pintar, ke televisyen. Melalui apa yang diperlihatkan Microsoft, ia membawakan rekaan antaramuka yang lebih kurang menyerupai pada PC ke telefon pintar – sekaligus memudahkan lagi pengguna menggunakan platform mereka.

Untuk pembangun pula, perkara ini turut memudahkan mereka membangunkan aplikasi, dan menerbitkannya di Windows Store, tenpa perlu menyokong pelbagai jenis aplikasi berbeza untuk platform Windows seperti sebelum ini.

Microsoft mengatakan, versi percubaan pertama Windows 10 untuk telefon pintar akan ditawarkan seawal bulan Februari 2015 ini