Thursday, January 22, 2015

Whats App Perkenal Servis Di Pelayar Web


      

Aplikasi pesanan telefon bimbit popular WhatsApp yang dibeli oleh Facebook tahun lalu pada nilai ASD22 bilion memperkenalkan satu perkhidmatan baru iaitu menghantar pesanan menerusi pelayar web pada Rabu.

WhatsApp yang dikatakan memiliki lebih 500 juta pengguna berkata servis itu memerlukan capaian internet ke telefon untuk berfungsi.

"Versi di web merupakan lanjutan ke telefon anda: pelayar web akan menduakan setiap perbualan dan pesanan dari peranti telefon bimbit yang bermakna setiap pesanan anda akan terus berada di dalam telefon bimbit," kata WhatsApp dalam satu entri blognya.

Namun demikian, servis terbaru itu hanya berfungsi menerusi pelayar web Google Chrome dan tidak terdapat untuk pengguna iPhone ekoran kekangan di platform Apple," menurut WhatsApp.

Facebook pada Oktober berjaya memiliki WhatsApp menerusi pertukaran stok dan tunai.

Pengambilalihan ini menekankan pertumbuhan yang menakjubkan dalam pesanan mudah alih tetapi turut menimbulkan pertanyaan di kalangan penganalisis kerana harga yang dibayar oleh Facebook dan rancangan masa depan bagi perkhidmatan tersebut.