Tuesday, February 24, 2015

12 WARNA MEKAP KE PEJABAT

Hiasan

Janganlah berlebihan kalau sekadar mahu ke pejabat. Bersolek itu perlu, tetapi janganlah keterlaluan dengan solekan tebal yang tidak sesuai untuk ke pejabat. Solekan tipis sudah memadai, sekadar untuk menaikkan seri wajah dan menampakkan anda cukup bersedia untuk bekerja pada hari tersebut. Entri kali ini memperkenalkan rona-rona mekap yang sesuai digayakan di pejabat.

  1. BEDAK ASAS
Menurut jurumekap profesional, Susan Giordano, warna bedak asas yang sesuai dengan warna kulit anda ketika di pejabat adalah; satu tona gelap daripada warna kulit sebenar anda. Tidaklah! Di bawah sinaran lampu di pejabat, warna bedak asas yang lebih gelap adalah paling sesuai.

  1. PEMERAH PIPI (Pic)
Untuk solekan ringkas tetapi tampak segar, pemerah pipi rona pic paling sesuai. Ia adalah padanan yang paling sesuai untuk pembayang mata rona metalik. Tampak natural!

  1. PEMERAH PIPI (Hot coral)
Siapa kata anda tidak boleh menggunakan warna terang untuk solekan pejabat? Asalkan tidak keterlaluan, ia pasti tampak cantik. Layangkan pemerah pipi kemerahan untuk tampil cantik dan solekan berseri. Elakkan sapuan lebih, kalau tidak rupa anda nampak seperti badut!

  1. PEMERAH PIPI (Jingga merah)
Rona ini sesuai sekali buat anda yang mempunyai kulit hitam manis. Tidak perlu dua rona pemerah pipi yang berbeza, solekan dengan warna ini sudah cukup untuk membuatkan tulang pipi ‘timbul’.

  1. PEMBAYANG MATA (Ros keemasan)
Warna ini sungguh cantik untuk menyerlahkan bentuk mata anda. Hanya sedikit sapuan pembayang mata warna ini, dan penggaris mata rona coklat serta olesan maskara. Solekan siap dan menarik!

  1. Pembayang mata (Kuning keemasan)
Rona klasik. Warna ini akan membuatkan mata anda tampak besar dan lebih segar. Cantiknya!

  1. Pembayang mata (Merah gelap)
Untuk solekan seksi, warna inilah yang paling tepat. Tiada masalah, kerana anda hanya perlu menumpukan perhatian pada solekan mata. Yang selebihnya, bersederhana sahaja.

  1. PENGGARIS MATA (Rona kopi)
Tidak gemar dengan pembayang mata? Bentuk mata anda dengan penggaris mata rona kopi (coklat gelap). Buat garisan pada kelopak mata dan comotkan ia sehingga menjadi seperti rona pembayang mata. Solekan natural, tetapi menarik.

  1. GINCU MERAH
Paling ringkas dan mudah! Solekan tipis dengan gincu merah untuk gaya menarik. klasik dan seksi. Pilih gincu jenis matte untuk solekan kekal dan tidak comot.

  1. GINCU MERAH JAMBU
Rona paling selamat untuk ke pejabat. Untuk kelainan, campurkan gincu merah jambu dengan warna tanah. Lebih cantik.

  1. GINCU JINGGA
Inilah trend hari ini. Lebih segar dan tampak muda. Cubalah! Bagi mengelakkan warnanya menjadi comot, sapukan gincu dengan berus dan tekapkan sedikit bedak debu ke atasnya sebelum mengoles gincu rona sama mahupun dicampur dengan warna lain untuk lebih cantik.

  1. GINCU BERI
Untuk kelainan, cubalah gincu rona beri. Percubaan berani, seandainya berjaya, solekan anda tampak seksi dan lebih segar.