Wednesday, February 25, 2015

6 SENAMAN KURANGKAN SAKIT BAHU


Anda pastinya seorang yang suka melayari internet...betul? 
Saya rasa memang kita yang selalu berinternet memanjang ni akan mengalami sakit bahu.
Sekarang ni pun saya tengah sakit bahu...Aduh....
Bila tekan aja angin keluar kat mulut. Bila saya pergi berurut, tukang urut tu cakap 
keras bahu ni...
Nak kasi saya urut saya urut lama-lama la tu....
Sedap memanglah sedap... duit pun sedap keluar juga kan...
Oklah saya nak share tips senaman yang mudah nak hilangkan sakit 
bahu yang melanda diri anda


Firstly...duduk tegak ya...
1) Dongakkan kepala ke atas dan ke bawah. Lakukan berulang kali dan juga ke 
kanan dan ke kiri.

2) Streching tangan, renggang tangan anda ke dua nya naik ke kanan dan ke kiri. 
Berhenti selama 10 saat. Anda boleh buat sambil duduk di pejabat.

3) Sambil duduk sentuh kasut anda secara bersilang, ke kiri dan ke kanan. 
Berhenti selama 10 saat.

4) Tricep silang ke belakang, silang tangan kiri dan kanan ikut gambar no 4

5) Baring...dan silang kaki, ini buatlah masa kat rumah. 

6) Pastikan anda sentiasa duduk dan berdiri secara tegak. 
Nak tahu tegak ke tak...cuba rasa tulang belakang tu...pastikan tegak nya...

Ha.. dengan cara ini anda boleh jimakan ribuan ringgit untuk pergi berurut 
hilangkan sakit bahu. Buat masa ini saya masih lagi tidak ada produk untuk 
hilangkan sakit bahu.. 
Selamat mencuba