Wednesday, February 18, 2015

BERAPA BIJI TELUR BOLEH DIMAKAN DALAM SEMINGGU?

Kita semua tahu bahawa telur mempunyai banyak kolesterol, dan kolesterol adalah antara penyumbang kepada sakit jantung. Namun telur juga adalah sumber protein yang baik, dalam masa yang sama ia juga sedap. Jadi berapa biji seminggu boleh kita makan?
telor untuk kesihatanSekarang pakar pemakanan dah kurang strict dengan telur. Dulu mereka beritahu seseorang yang menpunyai masalah sakit jantung jangan makan lebih daripada dua biji seminggu. Sekarang mereka kata empat biji pun boleh.
Menurut Julia Zumpano, pakar pemakanan di Klinik Cleveland, Amerika, bagi seseorang yang tidak mempunyai masalah kolesterol tinggi, kencing manis atau masalah jantung yang lain, dia boleh makan sehingga enam biji seminggu.
Sebiji telur bersaiz besar mengandungi kira-kira 186mg kolesterol. Itu dah hampir mencapai tahap harian maksima bagi pesakit jantung. Justeru pada hari anda makan telur, kurangkan pengambilan makanan lain yang mengandungi kolesterol seperti daging, mentega dan keju. Cara memasak juga penting.
Zumpano mengesyorkan cara masakan kering atau tanpa minyak – telur rebus mata kerbau (poached egg), rebus atau goreng tanpa minyak (guna non-stick atau semburan masakan). Perlu ingat bahawa kolesterol berada dalam kuning telur justeru boleh makan putih telur semahunya.