Thursday, February 26, 2015

CARA HENTIKAN TABIAT MENGGIGIT KUKU

Cara Hentikan Tabiat Menggigit Kuku | Ramai juga yang ada tabiat suka menggigit kuku. Biasanya ia disebabkan oleh perasaan gementar, kebosanan ataupun rasa lapar.

Cara Hentikan Tabiat Menggigit Kuku
Tabiat menggigit kuku bukan sahaja merosakkan kuku tetapi turut memberi kesan yang buruk kepada kesihatan. Kerana ia memudahkan bakteria memasuki mulut. Namun biar ramai yang tahu akan kesan negatif menggigit kuku, namun mereka sukar untuk menghentikan tabiat buruk ini.
Di sini saya akan kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan oleh mereka yang ingin menghentikan tabiat menggigit kuku. Antaranya:
1. Elak Berasa Bosan
Apabila tidak melakukan sesuatu, memang mudah untuk seseorang berasa bosan dan mula menggigit kuku. Jadi cara yang terbaik adalah sibukkan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti bersukan, membaca atau apa sahaja aktiviti lain yang digemari.
2. Kerap Menggunakan Jari
Lakukan aktiviti yang memerlukan anda untuk menggunakan jadi sekerap mungkin contohnya seperti aktiviti menaip, bermain, menjahit, menyulam dan sebagainya. Aktiviti sebegini untuk membantu anda memberi fokus kepada perkara lain dan menghentikan tabiat mendekatkan jari ke mulut.

3. Jadikan Kuku Rasa Teruk
Sapukan sesuatu yang pahit di kuku.Contohnya buah peria. Ataupun apa sahaja bahan yang anda tidak suka makan, sapukan dikuku. Jadi anda akan mengelak dari menggigit kuku.

4. Kerap Mengunyah
Kerap mengunyah sesuatu di dalam mulut seperti gula-gula getah, kekacang atau snek seperti buah-buahan. Setiap kali ada keinginan untuk menggigit kuku, lekas-lekas masukkan sesuatu ke dalam mulut untuk dikunyah.
 
5. Buat rawatan kuku
Luangkan sedikit masa untuk membuat rawatan kuku. Bila kuku anda cantik dan berkilat, anda tentu akan rasa bersalah untuk menggigit atau merosakkannya.