Friday, February 13, 2015

CARA MEMUTIHKAN MUKA

SUSU TEPUNG DAN PEK MUKA JUS LEMON

Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka

Ni antara kaedah yang mudah dengan bahan yang senang cari. Bahan yang digunakan hanya susu tepung, madu dan lemon. Campurkan ketiga-tiga bahan dan gaulkan sehingga rata.
Tujuan campuran bahan ni ialah untuk memutihkan muka dan mengurangkan pigmentasi yang disebabkan oleh cahaya. Biarkan selama 10 minit atau lebih dan amalkan pemakaian 2 atau 3 kali seminggu.
OAT DAN YOGURT
Tips Kecantikan - Cara Memutihkan Muka - 1
Rendamkan oat semalaman. Esoknya kisarkan oat sehingga halus dan campurkan oat yang sudah dikisar dengan yogurt original. Dua bahan ini tepekkan di muka selama 15 ke 30 minit akan membantu untuk memutihkan muka anda.