Friday, February 20, 2015

MERAWAT KULIT MUKA KASAR





Merawat Kulit Muka Kasar
Bagi sesetengah wanita, mengalami masalah kulit muka kasar sangat sensitif bagi mereka. 
Ini kerana mereka tidak merasa selesa dengan keadaan tersebut tambahan pula ketika mereka berpeluh. 
Aktiviti seharian mereka juga terbatas akibat daripada kesan kulit muka kasar yang dialami selama ini.

Ada sesetengah individu yang menganggap ia adalah sebahagian daripada kecantikan paras rupa. Oleh itu, menjaga kulit muka sangat penting kerana ia merupakan imej bagi seseorang individu. Kalau kulit muka nampak kurang bermaya atau kurang sihat, ia menyukarkan mereka untuk melakukan kerja seharian.

Adakah anda mempunyai masalah dengan kulit muka anda? Masih tercari-cari bagaimanakah cara untuk melicinkan kulit muka anda ? 

Jom cuba petua di bawah ini :

1. Bersihkan beberapa biji kulit telur. Selepas dibersihkan, ambil kulit telur tersebut dan jemur sehingga betul-betul kering dan kisar sehingga halus. Bancuh ia dengan air suam bersama bedak sejuk. Sapu pada bahagian muka yang mengalami kulit muka kasar secara perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Tunggu beberapa minit dan basuh dengan menggunakan air suam dan disusuli dengan air sejuk. Insya-Allah masalah kulit muka kasar anda dapat di atasi.