Friday, February 20, 2015

PERUBAHAN PADA KUKU TANDA PENYAKIT

Image result for perubahan pada kuku

Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan,rekahan atau titik putih kecil perlu diberi perhatian. Perubahan kuku berkaitan tanda penyakit ialah :

1. KEBIRUAN pada pangkal kuku menandakan kitaran darah tidak lengkap dan ini berkaitan dengan masalah jantung.
2. Hujung kuku berwarna MERAH MUDA atau COKLAT. Ini berkaitan dengan masalah ginjal.
3. Kuku yang kelihatan KUSAM dan ada kerutan melintang menandakan kekurangan nutrisi.
4. GARIS-GARIS yang berganda pada kuku menandakan masalah darah tinggi.
5. Jika kuku lambat tumbuh, tebal, keras dan KEKUNINGAN, itu tandanya ada gangguan pada paru-paru atau hati.
Jika anda ada simptom seperti yang di atas, dapatkan rawatan doktor dengan segera.