Tuesday, February 17, 2015

TIP KEKAL HARUM


Biar sehebat mana minyak wangi yang anda gunakan, sebenarnya bau itu akan berkurangan mengikut waktu. Walaupun begitu, ada cara berkesan untuk memastikan haruman ini kekal lama. 
  • Semburkan minyak wangi pada leher (betul-betul pada tekak). Pegang botol minyak wangi anda lebih kurang tujuh inci dari leher dan pastikan anda mendongak dagu. Kemudian semburkan minyak wangi sekali atau dua kali.
  • Jika mahu menyembur haruman  pada pergelangan tangan, pastikan jaraknya antara empat ke lima inci dari botol. 
  • Sudah pakai minyak wangi, jika terasa seperti mahu tambah wangian, semburkan pewangi pada udara dan berjalanlah melaluinya. Dengan cara ini anda dapat menambah haruman secara minimum dan kekal segar sepanjang hari.