Monday, March 30, 2015

RESEPI PENCUCI MULUT MUDAH

oreo-cheesecake-bars-15-600

Kek Keju Oreo
Bahan-bahan:
1 pek biskut Oreo
90 gram gula
4 sudu besar tepung gandum
250gram krim keju
1 cawan yogurt
2 biji telur
Cara-cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas adunan dan gaul sehingga menjadi krim.
2. Selepas adunan sebati menjadi krim tuangkan ke dalam loyang bersaiz kecil yang sudah di alas dengan kertas minyak ataupun sapu bahagian bawah dalam loyang dengan sedikit mentega agar kek tidak melekat.
3. Susun biskut Oreo mengikut citarasa dan kreativiti anda di atas adunan yang sudah dituang ke dalam loyang tersebut.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 40 minit.
5. Selepas kek masak, biarkan ia sejuk seketika.
6. Hias permukaan atas kek mengikut citarasa anda dan simpankannya di dalam peti ais kerana hidangan lebih menyegarkan selepas disejukkan.
7. Sedia untuk dihidang.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AL HAQ (2)

Minuman susu kambing merupakan minuman sunnah. Susu kambing adalah minuman semulajadi yang berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Susu kambing Premium Al-Haq diperkaya dengan pati kurma, kismis dan juga madu. Amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga.

Kebaikan Susu Kambing Premium Al-Haq
- Susu terbaik selepas susu ibu
- Menguat sistem imunisasi
- Melancarkan sistem penghadaman dan usus
- Meningkakan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
- Pembekalan kalsium dan mineral yang tinggi untuk kanak-kanak
- Rasanya enak, tidak berbau hamis, mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

Cara Penyediaan
1. Selawat 3 kali
2. Bacaan Surah Al-Fatihah
Insyaallah memberi kesan kerana kita hanya mampu berikhtiar,segalanya ditentukan dengan keizinan Allah s.w.t