Friday, March 13, 2015

TIP KULIT CERAH BERSERI

02J68157

1. Kebiasaanya, kulit gelap dan perubahan warna kulit adalah disebabkan oleh sinaran matahari. Sapukan pelindung sinar SPF tinggi sekurang-kurangnya 30 SPF. Pakar dermatologi bersetuju SPF 15 tidak mencukupi kerana sinar UVA dan UVB masih bisa menembusi kulit anda. You want 98% or more of the sun’s rays to be blocked.
 
2. Kulit lelaki adalah 25% lebih tebal daripada kulit perempuan. Ini penting untuk dipertimbangkan apabila memilih produk rawatan pemutihan. Kulit lelaki tidak begitu sensitif atau terdedah kepada jangkitan seperti kulit perempuan, maka mereka dapat bertolak ansur dengan bahan-bahan pemutihan kulit yang digunakan. Lelaki juga biasanya mempunyai kulit berminyak berbanding wanita.
 
3. Usah lupa mengamalkan pupur bagi menghidrat dan membantu mencerahkan ton kulit tidak sekata dan perlahan-lahan mengurangkan parut jerawat lama dan kesan UV matahari. Bukan sahaja mencerahkan kulit, bahan-bahan semula jadi yang terkandung di dalamnya melembutkan semua jenis kulit.
 
4. Campuran jus lemon dan madu boleh dijadikan ramuan sendiri untuk rawatan di rumah. Ratakan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bersihkan wajah dengan air separa sejuk. Jika anda mempunyai kulit kering, sapukan campuran jumlah yang sama antara jus timun dan madu pada wajah dan badan selama 15 minit. Kemudian cuci bersih.
 
5. Lakukan pengelupasan kulit sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Skrub dan produk pengelupasan membantu membuang sel-sel kulit mati pada permukaan kulit dan memberi kulit nafas yang baru. Pengelupasan juga membantu mengembalikan kulit ideal sekiranya kulit anda lebih gelap dari asalnya.
 
6. Bersihkan wajah dengan pencuci muka khas untuk mencerah sekali gus membersihkan kulit sebelum aplikasi produk pencerahan lain. Sebaiknya amalkan rutin penjagaan dan rawatan pencerahan daripada rangkaian penuh produk jenama pilihan anda supaya efek yang diingini bisa dicapai. Minta nasihat pakar jenama sebelum membeli produk terlebih dahulu.
 
7. Kulit mengambil masa agak lama untuk menampakkan hasilnya, so be patient! Bergantung kepada tahap kerosakan kulit anda, mungkin ia hanya mengambil masa beberapa bulan atau memakan tahun lamanya. Jika anda mahukan efek segera, apa kata berjumpa pakar dan dapatkan rawatan pencerahan di spa.
 
TIP: Jika anda mahu kulit lebih cerah, jadi rule-of-thumb adalah dengan memakai pakaian yang lebih gelap daripada ton kulit anda. Jika memakai yang banyak warna putih, pic dan kuning, ia hanya membuatkan kulit kelihatan lebih kontras dan gelap. Bagi wanita, cuba oles gincu gelap atau warna mata yang membezakan kulit anda. Fokus hanya pada wajah sama ada mata atau bibir supaya tidak overdo and clown-like.
 
IMG_1226

Kelebihan Penggunaan
  • Membantu menegangkan kulit wajah
  • Menjadikan kulit lebih anjal
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah
  • Memutihkan kulit wajah
  • Mencerahkan muka anda
  • Menyerikan wajah

Cara Penggunaan
  • Pertama sekali basahkan muka dengan air. Kemudian letakkan sabun di tapak tangan dan usapkan di wajah dengan lembut dan biarkan beberapa minit. Akhir sekali bilas muka dengan air.
  • Gunakannya setiap hari dan anda akan lihat perubahannya sendiri pada kulit muka anda yang akan menjadi sangat cantik, gebu dan cerah.