Friday, May 08, 2015

RAHSIA GINCU TAHAN LAMA

02F43221


Penggunaan gincu pastinya memberikan wajah tampak lebih segar dan bold, apatah lagi jika berona merah yang hangat. Namun, gincu mudah comot dan cepat pudar jika salah cara. Cuba cara mudah ini untuk kekalkan gincu agar kekal tahan lebih lama sepanjang hari.

1. Skrub bibir
Buang kulit mati pada bibir dengan menggunakan skrub yang khas untuk bibir sahaja. Ini akan membuatkan gincu melekat dengan lebih mudah dan tidak mengelupas kekeringan.

 2. Pelembap bibir
Sapukan pelembap bibir terlebih dahulu untuk memastikan bibir sentiasa cukup lembap dan tidak kering. Kesat lebihan pelembap agar bibir tidak terlalu berminyak kerana ia boleh menyebabkan rona gincu susah melekat dan meleleh.

 3. Penggaris bibir
Gunakan penggaris bibir dengan rona seakan sama gincu yang ingin kita gunakan pada bahagian luar permukaan bibir. Untuk lebih kekal lama, oleskan juga penggaris bibir di bahagian dalam di atas permukaan bibir sebagai lapisan paling bawah. Elakkannya jika anda mengalami kulit kering.

 4. Gincu
Untuk kekal lebih lama, oles lembut gincu dengan menggunakan berus kecil yang dibuat khas untuk bibir. Elakkan dari mengoles gincu terlalu banyak kerana ia akan mengakibatkan gincu mudah comot.

5. Bedak halus
Terakhir sekali adalah sapukan sedikit bedak halus dengan berus lembut pada bibir. Ianya sebagai lapisan penutup pada gincu agar rona gincu kekal lama sepanjang hari.

 6. Gunakan straw
Elakkan dari meminum air terus dari gelas kerana ia boleh mencomotkan gincu di bibir. Gunakan penyedut minuman agar gincu tidak hilang terkena air.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


LIPSTICK COLLAGEN

LIPSTIC COLLAGEN PIC


Lipstick merupakan salah satu alat make up yang digunakan oleh kaum hawa untuk menampakkan kecantikannya. Oleh itu, lipstick Jalinan Qaseh telah direka khas dengan gabungan collagen yang mempunyai banyak khasiat bagi membantu wanita meningkatkan kecantikan agar mereka sentiasa cantik dan menarik.

Keistimewaan
  • Merawat masalah bibir merekah
  • Pecah
  • Ulser
  • Mencerahkan bibir
  • Menjadikan bibir merah jambu
  • Bibir tampak lebih seksi serta munggil