Wednesday, July 08, 2015

4 MAKANAN TERBAIK UNTUK TULANG SELAIN SUSU

Susu menjadi minuman kegemaran ramai kerana selain khasiat protein dan lemak sihat yang ditawarkan, ia juga kaya dengan kandungan kalsium yang mampu melindungi tulang daripada gejala osteoporosis. Namun, ada juga diantara kita yang tidak boleh mengamalkan minum susu, mungkin kerana alergik dengan kandungannya.
Jangan risau, selain susu, ada juga makanan lain yang memberikan sumber kalsium yang bagus untuk tulang. Antaranya adalah seperti berikut:
1) Sawi
Sawi hijau yang mudah didapati ini kaya dengan kandungan kalsium. Gantikan susu dengan memakan sawi hijau bagi menjaga tulang anda.
2) Salmon
Ikan salmon sememangnya ikan yang mahal dan tidak mudah untuk didapati di pasar-pasar biasa, tetapi ia boleh menggantikan susu yang memberi sumber kalsium. Ikan salmon boleh dimakan mentah seperti pada sajian sushi atau dimasak dengan cara panggang mengikut citarasa anda.
3) Oren
Selain kaya dengan vitamin C, buah oren ternyata menyimpan kalsium yang boleh menjauhkan diri anda daripada osteoporosis. Buah oren ternyata boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan menjaga sel tubuh, serta kulit menjadi awet muda kerana antioksidannya.
4) Sardin
Ikan sardin bukan sahaja enak dimakan, ia juga mengandungi banyak kalsium. Namun begitu, anda tidak disarankan untuk mengambil ikan sardin secara berlebihan dalam diet anda, kerana ia mengandungi pengawet dan garam yang boleh meningkatkan tekanan darah.
Sumber: Wanista
==========================================================
IMG_1429 copy
MARINE COLLAGEN

Khasiat
  • Menurunkan berat badan sekaligus melangsingkan badan.
  • Mencerah, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Anti penuaan dan kedutan.
  • Mengatasi masalah alahan Rex’dong.
  • Baik untuk penyakit kulit, gatal, kudis dan lain-lain.
  • Membantu menghilangkan jeragat dan jerawat.
  • Melawaskan serta membuang toksin dari badan.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.