Wednesday, July 15, 2015

BISKUT RAYA BUTTERSCOTCH

BISKUT



Buat penggemar butterscotch, berikut adalah perkongsian resepi untuk Butterscotch Cookies. Kini, anda dapat menyediakan menu perisa ini mengikut selera dan cita rasa anda. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

BUTTERSCOTCH PASTE:
·         190ml krim
·         88gm glukos
·         72gm gula
·         3 gm garam
·         72gm mentega
·         88ml susu

BAHAN-BAHAN BISKUT:
·         444gm mentega
·         200gm gula aising
·         200gm gula perang
·         4 biji telur
·         650gm tepung gandum
·         8gm serbuk penaik
·         5gm soda penaik
·         6.5gm garam
·         175gm butterscotch paste

CARA MEMBUAT:
Untuk membuat butterscotch paste campurkan krim, glukos, gula, garam dan mentega. Masak sehingga menjadi seperti karamel. Kemudian masukkan susu agar adunan tidak mengeras. Untuk biskut pukul mentega, gula aising dan gula perang hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang. Seterusnya masukkan tepung gandum, serbuk penaik, soda penaik dan garam. Kacau sebati. Bakar adunan pada suhu 180 darjah Celsius selama 16 minit. Hiaskan dengan butterscotch paste. Hidangkan.