Tuesday, July 07, 2015

CARA PAKAI SELENDANG PANJANG YANG RINGKAS DAN CANTIK

Biarpun anda memakai atau mengenakan hijab, ia tidak bermakna anda tidak boleh tampil lebih cantik dan menarik.Apatah lagi, sekarang ini dah banyak tutorial cara pakai selendang atau tudung yang boleh anda tiru sehingga anda boleh tampil lebih moden dan penuh gaya.
Perkembangan fesyen tudung atau selendang terus berkembang, saban hari ada sahaja rekaan baru yang muncul. Secara tak langsung dengan mudah anda boleh memilih rekaan tudung atau selendang yang sesuai dengan bentuk wajah dan warna kulit anda.Jika anda mempunyai bentuk wajah bulat, jadi anda perlu mencuba rekaan tudung untuk muka bulat agar wajah bulat anda tidak kelihatan tembam. Sebenarnya memakai selendang tidak susah, asalkan anda tahu cara pakai seledang yang betul. Jom, cuba cara pakai selendang panjang yang ringkas dan cantik ini.
  1. Sediakan selendang panjang atau tudung pashmina, jarum peniti dan inner.
  2. Pakai inner ninja terlebih dahulu. Pastikan anda memakainya dengan kemas dan tidak ada sehelaipun rambut atau anak-anak rambut yang terkeluar.
  3. Kemudian ambil selendang pajang dan rapikan kedua-dua belah sisinya.
  4. Setelah itu, pakai selendang dengan sisi sebelah kanan lebih panjang kedudukannya daripada sebelah kiri atau sebaliknya.
  5. Kemudian, lebarkan bahagian sebelah kanan(panjang) dan angkat ke atas kepala, yang mana ia akan kelihatan seperti lapisan kedua tudung anda, lalu sematkan dengan jarum peniti.
  6. Ambil sisi terdalam bahagian hujung selendang yang lebih panjang. Bentangkan melebar dan belitkan di bahu sampai ke pinggang.
  7. Setelah itu, ambil hujungnya kemudian sematkan di atas bahu kanan.
  8. Siap! Mudah, kan?

Sumber: http://www.wom.my/stail/cara-pakai-selendang-panjang/#ixzz3fAggaLIz 
================================================================

IMG_1757 copy
SPA SALT

Spa Salt merupakan sabun pembersih badan yang mengandungi garam dan kunyit yang dapat menghilangkan kotoran atau daki-daki di badan dengan cepat dan berkesan.

Keistimewaan
  • Mencerahkan kulit
  • Menghaluskan tubuh badan
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Membantu merawat kulit bermasalah
  • Menyegarkan tubuh badan
  • Menganjalkan kulit
  • Mengurangkan masalah selulit
  • Membantu memecahkan lemak

Cara Menggunakan 

Lulur spa salt di seluruh badan & susurkan ke bahagian badan terutamanya di celah peha, di bawah lengan, siku, lutut &  biarkan selama 5-10 minit. Kemudian bilas sehingga bersih