Wednesday, July 08, 2015

KEK MENTEGA BERWARNA DI HARI LEBARAN

Meriah Raya Dengan Kek Mentega Warna-warni Mudah



Dengan menggunakan 5 bahan, anda mampu sempurnakan Hari Lebaran dengan hidangan Kek Mentega yang sangat mudah untuk disediakan. Atau apa kata anda cuba dan kongsikan hasil air tangan bersama mentua atau keluarga tersayang dengan buat sendiri kek raya pada tahun ini. Jom, cuba!

Bahan-bahan:

125 gm tepung
125 gm marjerin
2 butir telur
½ sudu serbuk penaik
Sedikit pewarna merah, hijau dan oren

Cara-cara membuat:

  • Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu, kemudian masukkan tepung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
  • Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, kemudian warnakan setiap satunya dengan warna oren, merah dan hijau. 
  • Kemudian lapiskan adunan tadi dalam dulang sebelum dibakar selam 45 minit atau hingga masak.