Thursday, July 16, 2015

MANISNYA SYAWAL PUDING KARAMEL GEBU

Puding Roti Karamel



Tetamu masih meriah berkunjung, tetapi apa kelainan ssajian raya anda kali ini? Cuba lengkapkan hidangan dengan Puding Roti Karamel yang gebu, lebih istimewa rasa yang cukup sedap dan lemak manis susu. 

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula        }
1 sudu besar air           } jadikan gula hangus
3 butir telur – pukul sedikit
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
200 gm susu pekat
1 sudu teh esen vanila
4 keping roti

Cara-cara menyediakannya:

  • Tuangkan susu cair, air suam dan susu pekat dalam pengisar.
  • Masukkan pula telur dan juga esen vanila.
  • Carik-carik roti dan kemudian masukkan dalam pengisar yang berisi susu dan telur tadi.  Kisar semua bahan ini hingga halus. Tapis agar tiada bahan yang berketul.
  • Tuangkan gula hangus dalam acuan dan kemudian tuangkan adunan yang telah dikisar tadi dalam acuan tersebut.
  • Sediakan kukusan dan kukusan adunan puding ini antara 30-40 minit atau sehingga cukup masak.