Monday, July 06, 2015

PEMBUKA SELERA PUASA

Pembuka Selera Puasa: Kerabu Mangga


KERABU MANGGA

Masih semangat masuk dapur sediakan sajian untuk keluarga tersayang? Atau anda sudah mula membeli lauk pauk di kedai kerana tiada idea untuk masak. Apa kata anad lengkapkan sajian berbuka puasa hari ini dengan Kerabu Mangga, yang cukup istimewa dengan aura kacang yang digaul bersama mangga dan wangian serai. Jangan lupa untuk cuba resepi mudah ini, ya!

Bahan-bahan:

5 biji mangga muda dihiris nipis
10 biji cili padi            }
5 tangkai cili merah     } dipotong kecil
4 batang serai              }
2 labu bawang besar – mayang halus
2 helai daun limau dihiris nipis
15 gm kacang tanah – digoreng & ditumbuk
Garam, bahan perasa & gula secukup rasa

Cara-cara membuat:

Masukkan kesemua bahan tersebut gaul hingga sebati dan siap dihidangkan.