Friday, August 07, 2015

RAIKAN TETAMU DGN PIE TIE RANGUP

Raikan Tetamu Dengan Pie Tie Rangup


Finger food yang menjadi trend masa kini bukan sahaja nampak menarik ketika dihidangkan, ia juga digemari kerana tidak terlalu berat. Bingung memikirkan juadah yang sesuai, apa kata cuba resipi ini yang sangat mudah cepat.

 

Bahan Kulit

60 gm tepung beras
20 gm tepung gandum
10 gm tepung ubi
Garam secukupnya
1 butir telur Gred C, dipukul sedikit
240-250 ml air
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

1 sudu besar minyak
4 ulas bawang merah, di cincang halus
80 gm isi udang, di cincang
200 gm hirisan lobak merah
300 gm hirisan kubis
1 sudu teh kicap cair
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Bahan Sos

3 biji cili merah, dibuang biji
1 ulas bawang putih, di cincang halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar cuka
60 ml air masak
Gula, garam secukupnya

Cara membuat:

  • Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk. Masukkan telur dan kacau sebati.
  • Tuangkan air dan kacau sebati.
  • Panaskan acuan, celup ke dalam adunan tadi dan goreng hingga keemasan.
  • Untuk inti: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain dan kacau. Angkat dan biarkan sejuk.
  • Untuk sos: Kisar semua bahan hingga sebati.

Tip: Jika inti diletak di dalam kulit terlalu awal, kulit akan menjadi lembik. Letak sebelum dihidangkan.