Tuesday, September 15, 2015

TAMBAH CANTIK DENGAN TOMATO

Image result for CANTIK TOMATO


Sinonim dalam bab cantik, tomato dikatakan sangat luar biasa 'menghapuskan' masalah kulit wajah. Paling mujarab tomato dijadikan ramuan utama dalam penghasilan minuman kecantikan, masker dan sebagai pati rawatan rambut. Jom selongkar kelebihan sayur ini untuk dunia kecantikan.

1. Kikis lingkaran gelap di bawah mata
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini  membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah. Amalkan petua ini seminggu dua kali.

2. Kecutkan jerawat
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.

3. Jeragat jadi pudar
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.

4. Kecilkan liang roma
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.

5. Kulit wajah lebih lembap
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.

6. Tona kulit sekata
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.

7. Rambut lebih sihat
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar. Ok, untuk masalah kelemumur, sapukan kulit kepala dengan tomato yang dilenyek. Perap selama 15 minit, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, rambut akan menjadi sihat, bersinar dan kulit kepala juga bersih.




-----------------------------------------------------------------------------------------------

dsc_8505


Keistimewaan
  • Langsing
  • Tiadak Buncit
  • Cergas / Aktif
  • Bertenaga
Mampu Mengatasi
ü  Buasir
ü  Migrain
ü  Senggugut
ü  Asma/Lelah
ü  Kencing Manis
ü  DarahTinggi
ü  SakitSendi/Otot
ü  Alergik
ü  Gastrik
ü  Gout
ü  Saraf/Sawan

Kandungan
  • 25g per sachet
  • 20 sachet per box
Guarana / Goji
  • Meningkatkan daya ingatan, tenaga serta stamina
  • Membantu menormalkan gula dalam darah dan menjaga diabetes
  • Membantu mengurangi berat badan
  • Meredakan sakit kepala
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
Ubi bit merah
  • Merawat masalah penghadaman
  • Mengurangkan kolesterol dalam badan
  • Membantu menambahkan darah dan membersihkannya secara semulajadi
  • Membantu buang toksik dalam badan
  • Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
Ragi beras merah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Pelindung tubuh dari penyakit arteroskloresis (pengerasan pembuluh darah)
  • Mengatasi alergi
  • Mengatasi gangguan pencernaan, sembelit serta perut kembung
Kolagen
  • Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik
  • Menegang, menganjal dan melembapkan kulit
  • Meningkatkan penyerapan kalsium